Tuesday 1 March 2011

Travelog Syahadah

Judul :
Travelog Syahadah - Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan ke Syurga

Pengarang :
Muhammad Rashidi Abdullah

Harga :
RM14.00

Penerbit :PTS Islamika Sdn Bhd

Kategori :Bukan Fiksyen (Islam/Gaya Hidup)

Nota :Cetakan 2010

"Membaca kisah suka duka pahit maung insan bernama Rashidi Abdullah ini, seorang yang sejak remajanya lagi belajar di 'universiti' kehidupan, pernah menjadi buruh, ditahan sebagai banduan dan akhirnya tekun belajar hingga layak dipanggil ustaz ini, sesungguhnya mengimbau kembali perjalanan hidup para sahabat Rasulullah SAW dalam mencari iman." - Ustaz Pahrol Mohamad Joui,Penulis/Pakar Motivasi/Editor Majalah.

"Travelog Syahadah - secara tersirat - merupakan satu catatan yang telah dilalui oleh seorang insan yang secara kasih-sayangnya telah dilontarkan taufik dan hidayah. Ia anugerah yang sangat bernilai. Sudah pasti mereka yang telah dilapangkan dadanya untuk menerima Islam bukan kerana zuriat mempunyai perilaku yang sangat berbeza. Malah perasaan dalaman nyata lebih kuat dan berpengaruh terhadap rasa cinta kepada Allah yang maha agong. Keimanan yang diperolehi melalui langkah-langkah berliku nyata sangat bernilai. Ia satu anugerah istimewa." - Prof. Muhd Kamil Ibrahim,Penulis Travelog Haji dan Travelog Dakwah.

"Buku ini bukan sekadar catatan seorang lelaki, tetapi ia adalah silibus penting kepada pendakwah Islam untuk mendekati orang bukan Islam. Kebanyakan pendakwah yang dilahirkan sebagai Muslim, tidak dapat mengenal pasti keperluan dan kehendak orang bukan Islam yang berminat dengan Islam. Tidak hairanlah terdapat sebahagian kelas pengajian untuk mualaf menggunakan silibus KAFA. Sudah tentu silibus yang disusun untuk kanak-kanak tidak sesuai digunakan oleh orang dewasa. Namun itu adalah mentaliti pendakwah ini yang beranggapan mualaf seperti kanak-kanak." Rohidzir Rais,Penulis/Editor.

No comments:

Post a Comment