Monday 7 March 2011

Abu Bakar Sahabat Sejati

Judul :
Abu Bakar Sahabat Sejati

Pengarang :
Abdul Latip Talib

Harga :
RM26.90

Penerbit :
PTS Litera Utama Sdn Bhd

Kategori :
Novel Sejarah Islam

Nota :
Cetakan 2010

Abu Bakar as-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi. Nama sebenar beliau Abdul Kaabah bin Usman. Ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki dinamakan Abdul Kaabah yang bermaksud 'hamba Kaabah'. Digelar Abu Bakar yang bermaksud 'ayah unta muda' kerana pada masa mudanya suka memelihara anak-anak unta. Mendapat gelaran as-Siddiq iaitu 'yang membenarkan' kerana beliau sentiasa membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Abu Bakar as-Siddiq dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW. Abu Bakar as-Siddiq antara pemeluk Islam yang pernah mengalami penyeksaan daripada orang Quraisy. Semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar as-Siddiq menjadi teman dalam perjalanan. Mereka bermalam di dalam Gua Thsur. Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW.

Jasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar ialah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku selepas ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat al-Quran.

No comments:

Post a Comment