Tuesday 1 March 2011

Minda Muslim Super

Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-983-3603-19-0
ISBN-10: 983-3603-19-X
Tarikh Terbit: 14 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 432
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Komen Pembaca:Buku Minda Muslim Super dibahagikan kepada 13 bab utama. Setiap bab dipenuhi variasi sub-bab atau tajuk yang cukup menyantun nubari saya. Jujur saya simpulkan bahawa persoalan yang ingin diketengahkan oleh penulis memang berat. Namun melalui kaedah penulisan beliau, penulis amat berjaya dari sudut memudahkan cara penceritaan. Justeru itu saya suka untuk menyatakan bahawa seperti mana Islam itu mudah, maka buku ini juga mudah untuk dihayati. Cumanya, buka hati dan tadahkan minda dan nurani menerima ‘sebatan cinta’ Dr. Danial Zainal Abidin.
Penulis membentangkan formula bagi melahirkan peribadi terbilang Muslim. Beliau melengkapkan hujah dengan sorotan sejarah serta membahaskan kandungan dalam kitab-kitab lama, termasuk Taurat dan Bible. Tidak ketinggalan penulis mengaitkan penemuan sains dengan ayat-ayat Allah dalam Quran yang membenarkan setiap penemuan sains tersebut. Teringat saya akan satu kata-kata Allah dalam surah al-Rahman yang diulang-ulang, “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
Miliki salah satu buku ini, dan insyaAllah saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan akan memperoleh ilmu yang sangat berguna.

No comments:

Post a Comment