Tuesday 1 March 2011

Haji Muda


RM19.00

Buku ini ditulis bagi mengisi vakum yang kurang diisi oleh penulis-penulis lain khususnya bagi membina semangat haji bagi generasi muda. Sesuatu yang saya fikirkan ketika menunaikan haji pada 2002 dan diikuti oleh umrah pada 2003, 2004, 2006 dan 2008, ternyata rakyat Indonesia membangkitkan semangat haji muda ini. Secara kasar (bukan kajian ilmiah), rata-rata Indonesia diwakili oleh orang muda berpasangan suami-isteri, boleh dikatakan komposisi yang seimbang antara orang muda dan warga emas. Berpaksikan kepada keinginan ini, usaha bagi menulis catatan perjalanan dan tarbiah haji bagi orang muda sepatutnya dikongsi bersama. Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana dua faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan. Buku ini disusun bagi memberi kita peluang berfikir, belum sampai seru dan himpitan kewangan dapat diatasi, justeru merealisasikan haji muda. PTS Islamika RM 19.00 9789675137259 Tarikh Terbit: 15 September 2008 ; Jumlah Muka Surat : halaman

No comments:

Post a Comment