Monday 21 March 2011

Solat Khusyuk Solat Smart

Pengarang : Muhammad Shodiq Mustika
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 32.00
ISBN 983-3372-45-7;
ISBN 978-983-3372-45-4;


Sinopsis

Anda pasti sering menunaikan solat. Pagi, petang, siang, malam, bertahun-tahun ataupun kemungkinan puluhan tahun anda menunaikannya. Entah berapa kali anda menundukkan badan dengan rukuk dan sujud. Entah berapa kali juga anda membaca bermacam-macam zikir dan doa dalam solat.

Daripada segi kuantiti, malaikat pencatat amal mungkin mencatat begitu banyak unsur solat yang anda lakukan. Tetapi, bagaimana dengan kualiti solat anda itu? Agaknya, berapa banyak daripada solat anda yang dicatat sebagai amalan yang baik oleh malaikat?

Dalam hal ini, Nabi Muhammad menjelaskan,

"Sesungguhnya seseorang yang mengerjakan solat berasa dia menegakkan solat dengan utuh, tetapi sebenarnya solatnya itu tidak dicatat oleh malaikat yang mencatatkan amalan kebaikan iaitu Rakib. Malaikat Rakib mencatatkan hanya setengah solatnya ataupun sepertiga solatnya ataupun seperempat solatnya, ataupun seperlimanya hingga ke sepersepuluh solatnya."

 Ternyata, kualiti solat kita tidak 100% baik kerana hanya sebahagian sahaja daripadanya yang dicatat sebagai amalan yang baik. Apakah yang dicatatkan sebagai amalan yang baik dalam solat?

Seorang sahabat yang bernama Ammar bin Yasir menjelaskan,

"Sesungguhnya apa yang dicatat oleh Malaikat Rakib bagi seseorang yang mendirikan solat hanyalah apa yang dia lakukan dengan menggunakan akalnya."

(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

No comments:

Post a Comment