Monday 21 March 2011

Rahsia Bisnes Goggle

Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-5226-65-6
Tarikh Terbit: 3 Nov 2009


Kisah kejayaan Google yang merintis industri search engine terbesar di dunia sewaktu masih bergelar mahasiswa telah banyak menginspirasi penggila IT di seluruh dunia. Kini, Google bukan lagi sekadar search engine, kemampuannya yang luar biasa membuat ramai orang berfikir bahawa Google mempunyai magik bagi menjawab semua pertanyaan.
Google memang hebat, di tengah perlumbaan dalam kalangan penggiat industri IT yang kompetitif, Google berjaya mengalahkan semua search engine lain. Bahkan, kini istilah googling sinonim dengan aktiviti mencari maklumat di internet. Siapa tokoh di sebalik kejayaan Google? Serta bagaimana Google mencapai tahap setinggi ini sehingga disegani raksasa IT sebesar Microsoft? Ikuti kisah selengkapnya dalam buku ini.

Meja Runding-Dari Konflik Ke Solusi Strategik

Harga: RM 20.00 / RM 22.00
ISBN-13: 978-967-5226-96-0
Tarikh Terbit: 2 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 200


Muhammad bin Abdullah, yang dilantik oleh Allah sebagai pemimpin masyarakat islam pada zaman lampau, tidak dilahirkan biasa-biasa. Antara kisah sejarah yang menyerlahkan bakat beliau sebagai juru runding terbaik di dunia ialah peristiwa batu hitam, tawaran pemimpin Quraisy, rundingan wakil nabi di Habsyah, sumpah setia Aqabah, piagam Madinah, tawanan perang Badar, perjanjian Hudaibiyah dan banyak lagi. Semuanya ada dihuraikan di dalam Meja Runding ini.
Selain itu, antara bonus yang terkandung dalam Meja Runding ialah:
- Bagaimana mengenal sama ada tawaran ataupun umpan dalam rundingan?
- Beberapa contoh kajian kes rundingan yang melibatkan tebusan.
- Contoh kes rundingan dalam dunia semasa seperti di Malaysia, Amerika, Iran dan lain-lain.
- Persediaan menghadapi gangguan rundingan seperti emosi, tipu daya dan ugutan.
- Seni mencari kesepakatan dalam tawar-menawar.
 
Meja Runding, bukan sahaja wajib dibaca oleh para diplomat, juru runding, broker dan kesatuan sekerja sahaja. Bahkan, ia sesuai dibaca oleh sesiapa yang terlibat dalam jualan, pemasaran, usahawan atau pengurus projek.

Menuai Hidayah Iman

arga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5564-59-8
Tarikh Terbit: 22 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 192


Pasti anda mahu tahu
  • Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya?
  • Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia?
  • Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman.
  • Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.
Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah.
Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai.
Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.
Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.
Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.
Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.
Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.
Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.
Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.

Travelog Cinta Abadi

Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-366-005-6
Tarikh Terbit: 12 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 304


Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.-
Ain Maisarah
[Penulis Best-Seller Novel Remaja]

 Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. -
Zaid Akhtar
[Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah]

Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya.
Nisah Haron
[Novelis Terkenal, Lentera Mustika]

Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni

Harga: RM 21.90 / RM 24.90
ISBN-13: 978-967-5226-61-8
Tarikh Terbit: 1 Dec 2009
Jumlah Muka Surat : 192


Selama ini kita beranggapan pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.
Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.
Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni, wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira di pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.
Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat dengan Power Point yang laris di pasaran.
Kali ini, beliau menghimpunkan semula ilmu komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Media di University of Bradford, United Kingdom.
Tambahan pula dengan posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ikuti buah fikiran beliau selanjutnya di www.SyahrulNizam.com.

Solat Khusyuk Solat Smart

Pengarang : Muhammad Shodiq Mustika
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 32.00
ISBN 983-3372-45-7;
ISBN 978-983-3372-45-4;


Sinopsis

Anda pasti sering menunaikan solat. Pagi, petang, siang, malam, bertahun-tahun ataupun kemungkinan puluhan tahun anda menunaikannya. Entah berapa kali anda menundukkan badan dengan rukuk dan sujud. Entah berapa kali juga anda membaca bermacam-macam zikir dan doa dalam solat.

Daripada segi kuantiti, malaikat pencatat amal mungkin mencatat begitu banyak unsur solat yang anda lakukan. Tetapi, bagaimana dengan kualiti solat anda itu? Agaknya, berapa banyak daripada solat anda yang dicatat sebagai amalan yang baik oleh malaikat?

Dalam hal ini, Nabi Muhammad menjelaskan,

"Sesungguhnya seseorang yang mengerjakan solat berasa dia menegakkan solat dengan utuh, tetapi sebenarnya solatnya itu tidak dicatat oleh malaikat yang mencatatkan amalan kebaikan iaitu Rakib. Malaikat Rakib mencatatkan hanya setengah solatnya ataupun sepertiga solatnya ataupun seperempat solatnya, ataupun seperlimanya hingga ke sepersepuluh solatnya."

 Ternyata, kualiti solat kita tidak 100% baik kerana hanya sebahagian sahaja daripadanya yang dicatat sebagai amalan yang baik. Apakah yang dicatatkan sebagai amalan yang baik dalam solat?

Seorang sahabat yang bernama Ammar bin Yasir menjelaskan,

"Sesungguhnya apa yang dicatat oleh Malaikat Rakib bagi seseorang yang mendirikan solat hanyalah apa yang dia lakukan dengan menggunakan akalnya."

(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apa Itu Islam

Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-967-5137-01-3
Tarikh Terbit: 27 May 2008


"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya."

Islam tidak terbatas kepada Rukun Islam dan ibadah rutin sahaja sepertimana yang difahami oleh sebilangan manusia. Ia sebenarnya lebih luas. Di dalamnya terkandung ilmu akidah, konsep kehidupan di dunia dan akhirat, syariat, syiar, akhlak dan pelbagai lagi bidang ilmu yang berkaitan dengan kehidupan individu.

Bagaimanakah menjadi Muslim yang sempurna di sisi Allah? Meyakini Islam sebagai akidah yang benar, mengamalkan syariat Islam yang betul dan menghiasi diri dengan akhlak yang baik. Sukarkah melakukannya? Benarkah sukar menjadi hamba Tuhan?

Buku di tangan anda ini merungkai persoalan ini. Anda mendapat gambaran tentang Islam secara menyeluruh apabila membacanya. Menyajikan pemahaman yang komprehensif dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Buku ini patut dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja sebagai panduan dalam kehidupan, menuntun ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

99 Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna

Harga: RM 65.00 / RM 68.00
ISBN-13: 978-983-3603-64-0
ISBN-10: 983-3603-64-5


Buku ini menyingkap rahsia serta makna tersirat di sebalik nama-nama Allah. Ilmu yang wajib difahami oleh semua yang bergelar Muslim. Di sebalik nama, terkandung khasiat yang tak ternilai harganya. Setiap nama Allah membawa pengertian yang mendalam dan khasiat yang ajaib bagi yang mengamalkannya.
Bila selesai baca buku ini pastiya, bukan sahaja mengenal Allah melalui apa yang dihati, lebih mengingati Allah apa yang dinyanyi malah mendekati Allah dengan apa yang diaplikasi. Terhasilnya buku ini sedemikian rupa maka tidak keterlaluan buku ini merupakan manual kehidupan bagi muslimin dan muslimah yang perlu ada “di tangan” sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri.

Menjadi Selebriti Melalui You Tube


Harga: RM 17.50 / RM 19.50
ISBN-13: 978-967-369-022-0
Tarikh Terbit: 20 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 176
 
Peluang untuk menjadi selebriti terbuka kepada sesiapa sahaja. Ketahui cara mudah bagaimana Menjadi Selebriti melalui YouTube. Buku ini mempunyai maklumat yang begitu praktikal dan informatif berbanding buku lain di pasaran.

Disebalik Tabir You Tube

Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-5226-93-9
Tarikh Terbit: 5 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 128


Siapa sangka kejayaan YouTube hanya bermula dari garaj? Tiga pemuda iaitu Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed karim membuktikannya! Tidak ada istilah Impossible, hanya I am possible. Segala-galanya berkemungkinan. Kekurangan bukan halangan dan cabaran sedia ditakluki. Tiga pengasas YouTube ini berjaya menggempur dunia maya.
Hari ini, siapa yang tidak mengenali laman web yang dikunjungi sekitar 20 juta pengunjung sebulan? Setiap hari, kira-kira 65 000 video baru diupload dan 100 juta klip video ditonton oleh pengunjung dari seluruh pelosok dunia. Warner Music, Universal Music Group dan Sony BMG Music mempercayai kehebatan YouTube dan tanpa sangsi menyediakan material bagi laman web ini. Malahan, Warner membenarkan YouTube menggunakan lagunya bagi video ciptaan mereka.
Chad, Steven dan Jawed memulakan langkah cemerlang yang berjaya melonjakkan nama mereka. Buku ini pasti dapat membawa anda menelusuri kisah mereka. Bersediakah anda menyelak tabir YouTube dan mendapat inspirasi seterusnya berjaya dalam kehidupan?

Menjadi Survivor Dalam Dunia Penuh Cabaran

Harga:  RM23.00
Antara kelebihan yang bakal saudara dapati di dalam buku ini :

Jawapan kepada persoalan, mengapakah masalah sosial ini boleh terjadi? Apakah puncanya?
Panduan dan teknik mempersiapkan diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat bagi menghadapi cabaran sosial yang hebat kini.
Langkah-langkah berkesan bagi mencegah segala penyakit sosial yang sedang menular di sekeliling kita hari ini.

PTS Millennia Sdn Bhd ;

Penulisnya, Ahmadi Haji Baharudin berpengalaman luas dalam bidang kajian masalah sosial sejak tahun 1997. penulisannya khusus berkenaan masalah sosial kerap mendapat tempat di dada majalah nombor satu negara iaitu MASTIKA. Kemampuan beliau mengupas setiap isu dengan terperinci serta penyelesaian yang kritis dan berani menjadikannya sebagi individu yang paling layak bagimengupas topik ini. Milikilah segera buku ini, saudara pasti tidak menyesal.”

Tambah Duit Dengan Kerja Part-Time

Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-369-080-0
Tarikh Terbit: 19 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 160

Dairi Ramadhan

Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-967-366-014-8
Tarikh Terbit: 9 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 325


"Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat popular di kalangan umat Islam berbanding bulan-bulan yang lain. Umat Islam sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran bulan Ramadan kerana di dalamnya mempunyai keistimewaan perintah yang diwajibkan berpuasa., terjadinya malam Lailatul Qadar, Nuzul Quran, dan diberi ganjaran yang besar kepada sesiapa yang tekun dan ikhlas beramal soleh." (Y.A.B Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan)
Diarai Ramadan adalah himpunan amalan soleh yang disusun mengikut waktu bermula dari bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan hingga Syawal. Turut memuatkan kelebihan-kelebihan beramal menurut al-Quran dan sunnah, tip-tip ibadah dan renungan-renungan yang disusun bagi membantu pembaca mencapai pahala ibadah yang penuh pada bulan Ramadan.

Wacana Al-Quran

Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-5137-79-2
Tarikh Terbit: 12 Apr 2010

Apa Kata ISlam Mengenai Hubungan Sosial

Harga: RM 22.00 / RM 24.00
ISBN-13: 978-967-5137-04-4
Tarikh Terbit: 4 Nov 2008
Jumlah Muka Surat : 240


"Wahai manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan wanita dan kami jadikan berbangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertakwa."
Hubungan sosial masyarakat Islam mendedahkan sistem hubungan interaksi, bersepadu, tolong-menolong dan bergotong-royong yang membangun dalam seluruh faktor kehidupan.
Kenali ekologi perkembangan manusia bermula daripada kelahiran sehingga individu itu mampu menyumbang kepada masyarakat sekelilingnya.
Fahami lapisan masyarakat yang berbeza daripada segi kaum, kelas masyarakat, jantina dan institusi seperti keluarga, persatuan dan organisasi sosial. Ia ibarat anggota tubuh yang seimbang daripada sudut kemampuan, peranan dan keperluan.
Memahami prinsip hubungan sosial masyarakat Islam bermaksud seseorang dapat mengadaptasi dirinya ke dalam masyarakat serta mewujudkan pembangunan masyarakat yang simbang.
'Apa Kata Islam Mengenai Hubungan Sosial' membincangkan amalan-amalan yang menyentuh aspek perundangan Islam dalam hubungan masyarakat. Buku ini memfokuskan aspek kemanusiaan bermula dari kelahiran manusia, hubungan sesama manusia dan tanggungjawab jihad dan dakwah sebagai pembuka tirai dalam memahami hubungan sosial menurut perspektif Islam. Menghimpunkan kumpulan kata-kata Allah dan Nabi Muhammad mengenai hubungan sosial antara manusia. Dilengkapkan dengan huraian yang mudah, ringkas dan padat.

Fahaman Dan Ideologi Umat Islam

Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-983-192-210-1
ISBN-10: 983-192-210-7
Tarikh Terbit: 30 Nov 2007
Jumlah Muka Surat : 224


Rujukan lengkap anutan dan aliran pemikiran masyarakat Islam sejak zaman khalifah Islam pertama.
  • Bagaimana pegangan umat Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad?
  • Adakah pegangan umat Islam kini seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad?
Buku ini menghimpunkan mazhab-mazhab akidah umat Islam serta pecahan-pecahan kecilnya. Turut dimuatkan sejarah berlakunya perpecahan, pengasas mazhab dan ajaran-ajaran tradisional serta moden yang bercanggah dengan al-Quran dan sunnah. Diselitkan info-info tambahan yang membantu pemahaman pembaca.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang berkelulusan ijazah B.A Syariah dari Universiti Islam Madinah dan M.A Siyasah Syar’iah dari Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau adalah tokoh pendidik, ilmuwan, pendakwah dan pengasas pusat pengajian ilmu-ilmu Islam di Marang, Terengganu.

Dairi Hidup Rasulullah S.A.W

Harga: RM 11.90 / RM 13.90
ISBN-13: 978-983-3372-94-2
ISBN-10: 983-3372-94-5
Tarikh Terbit: 18 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 160


Diari Hidup Rasulullah S.A.W menjelaskan rahsia keunggulan Rasulullah S.A.W melalui pengamalan tujuh sunnah utama dalam kehidupan baginda. Rasulullah S.A.W memulakan setiap hari dengan solat tahajud, khusyuk mentadabbur Quran, menyertai solat Subuh secara berjemaah di masjid, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang waktu, menghiasi hari dengan solat duha dan mencintai zikrullah.
Alangkah indahnya! Buku ini mampu membimbing kita mempraktikkan dan menghayati tujuh sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita, seterusnya membongkar keajaiban demi keajaiban yang bakal muncul sebagai natijah pengamalannya.

Merancang Kejayaan


Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 983-3603-47-5
ISBN-10: 983-3603-47-5
Tarikh Terbit: 14 Jul 2008
Jumlah Muka Surat : 251
Kategori: Motivasi

Penerbit: PTS

Bagi mencapai kejayaan,perancangan perlu dibuat ,bukan mengharap kebetulan semata-mata.
Buku ini menjelaskan individu berjaya tidak hanya bergantung kepada aspek akademik sahaja ,malah meliputi aspek jasmani ,rohani,emosi dan intelek.Antara yang dibincang adalah;
Pengurusan diri
mengenali diri dan melakukan perubahan
menetapkan matlamat diri
memahami halangan-halangan kejayaan
Membina kemahiran untuk berjaya
kejayaan sebenar

Cina Penakluk Bisnes Lautan Pasifik

Cina: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik
Penulis: Sterling Seagrave
Terbitan: PTS
Harga: RM36.00

Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara.

Cina: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik ini mengupas segala jaringan kompleks operasi yang sudah menguasai Timur Jauh dan kini membuat serangan mengejut ke kawasan Barat. Pelbagai kajian dan penyelidikan sudah dilakukan mengenai Empayar China sejak beribu tahun lalu.

Antara kisah yang dikongsi bersama adalah pelbagai cerita pembunuhan dan pengkhianatan, keberanian dan rasuah yang dilakukan maharaja dan jeneral, pengintip dan lanun, dan ramalan perubahan dunia sepanjang dekad akan datang.

Fakta menggemparkan mengenai Cina!
- Komuniti besar yang merangkumi 55 juta ekspatriat (pengembara)
- Jumlah aset terkumpul mencecah 2 trilion dolar
- Rangkaian pengaruh yang bersepadu dan penuh impak
- Platform ekonomi yang nyata kukuh di Lautan Pasifik
- Bercita-cita mempengaruhi ekonomi Barat
- Organisasi yang mempunyai keupayaan kuasa yang hebat Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara

7 Formulas Of Exellent Individuals

7 Formulas of Excellent Individuals: Secrets of Success and Excellence in Distinct Individuals of All Time
Penulis: Dr Danial Zainal Abidin
Penterjemah: Ashadi Zain
Terbitan: PTS
Harga: RM45.90

The 7 Formulas of Excellent Individuals provides a complete and detailed explanation of the greatest motivational formulas of all times. It delineates the formula that have been successful in producing excellent individuals. Those characters subsequently became the catalyst for the emergence of outstanding communities and countries.

This book is definitely unique compared to other motivational books. One distinct difference is that its main source of reference is that its main source of reference is Quran and Sunnah of Prophet Muhammad, mould to fit present context. Each formula is explained systematically, with evidence and support from experts in the field of excellence.

Apa Kata Islam Mengenai Manusia Dan Alam


Harga: RM 16.00 / RM RM18.00
ISBN-13: 978-967-5137-80-8
Tarikh Terbit: 7 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 202
Kategori: Islam
Penerbit:PTS


Quranic Leadership

Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya Al-Quran
Penulis: Muhammad Masnur Hamzah
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00

Kebolehan memimpin adalah seni yang sedia ada dalam diri setiap insan. Tinggal lagi, bagaimana menggilap bakat kepimpinan yang dianugerahkan itu. Sesuai dengan hadis yang dinyatakan, al-Quran dan hadis adalah sumber paling tepat bagi dijadikan rujukan dalam bidang kepimpinan. Terkandung di dalamnya pelbagai kaedah mengenai tatacara mengurus dan teknik-teknik memimpin.

Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya Al-Quran mengupas tentang seni dan gaya memimpin yang berpengaruh serta berkesan. Kaedah yang ditonjolkan sesuai untuk dipraktikkan oleh seluruh peringkat kepimpinan, tidak kira dalam apa-apa bidang mahupun organisasi. Melalui penerangan yang jelas dan santai, pembaca pasti selesa dan mudah memahami mesej yang mahu disampaikan oleh penulis, seterusnya memberi impak positif kepada hasil kerja seharian.

30 Wasiat Imam Syafie

Title: 30 Wasiat Imam Syafie
Author: Khairul Ghazali
Publisher: PTS
Price: RM 19 (Peninsular Malaysia)

Tips Menjadi Individu Menarik

Harga: RM 22.50 / RM 25.50
ISBN-13: 978-983-3372-14-0
ISBN-10: 983-3372-14-7
Tarikh Terbit: 25 Apr 2008
Jumlah Muka Surat : 240
Kategori:
Penerbit:

Tuesday 8 March 2011

Ajaibnya Sedekah

Harga: RM 11.90 / RM 13.90
ISBN-13: 978-983-3372-28-7
ISBN-10: 983-3372-28-7
Tarikh Terbit: 18 Jun 2009
Jumlah Muka Surat : 184
Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Islam, Gaya Hidup
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd


Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

Taktik Dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin

Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-366-028-5
Tarikh Terbit: 9 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 240
Kategori: Islam, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
"Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa takut kepada Allah dan taat kepada pemimpin walaupun pemimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Jadi, berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat".
Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar. Mereka mendapat asuhan kepimpinan langsung daripada tangan Rasulullah sendiri. Mereka mewarisi kepimpinan Rasulullah selepas beliau meninggal dunia dan berjaya mentadbir seluruh umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang gemilang.
  • Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin buku pertama yang membahaskan politik dan pemerintahan gaya Khulafa ar-Rasyidin. Turut memuatkan tip dan panduan 
  • bagaimana khalifah-khalifah Rasulullah menjalankan urusan mentadbiran?
  • Bagaimana mereka menangani konflik?
  • Apa pembaharuan yang mereka lakukan?
  • Apa kejayaan-kejayaan yang dicapai sepanjang pemerintahan mereka?
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang memiliki Ijazah Sarjana Muda (B.A) Syariah daripada Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana (M.A) Siyasah Syar'iah daripada Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai tokoh ilmuwan agama yang banyak memberi sumbangan dan percambahan idea-idea semasa. Beliau juga pernah diberi mandat menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.
Antara karya beliau terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Hari Akhirat, Beriman kepada Qadak dan Qadar, Fahaman dan Ideologi, Islam dan Demokrasi dan Islam Adil untuk Semua.

Aura Penyembuhan Reiki

Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-983-3604-91-3
ISBN-10: 983-3604-91-9
Tarikh Terbit: 27 Jun 2008
Jumlah Muka Surat : 224
Kategori: Kesihatan, Kesihatan Umum, Perubatan Alternatif
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Secara umum Reiki adalah suatu teknik, bersifat teknikal dalam menyampaikan aplikasinya. Ia disusun sempurna oleh pengasasnya iaitu Dr. Mikao Usui pada 1920-an menerusi ilmu-ilmu yang beliau pelajari sepanjang pencariannya. Juga melalui pengalaman mistik di akhir hari meditasinya di sebuah gunung di Jepun dalam melengkapkan pencarian terhadap suatu teknik yang dapat memberi penyembuhan melalui teknik sentuhan tangan. Kebanyakan pengamal Reiki bersependapat bahawa pengalaman mistik itu adalah suatu bentuk ilham yang mengandungi ilmu-ilmu penyembuhan yang diturunkan semula oleh yang maha pencipta kepada hambanya yang mencari dan meminta.

Solat Khusyuk Solat Smart

RM32.00

"Sesiapa yang mendirikan solat dengan khusyuk, Allah berjanji mengampuni dosa-dosanya." (Hadis riwayat Abu Daud) Muhammad Shodiq Mustika.
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 32.00
983-3372-45-7; 978-983-3372-45-4; 9789833372454 
Tarikh Terbit: 16 November 2007
Jumlah Muka Surat : 384 halaman

Mekah Kota Suci

Mekah Kota Suci
Penulis: Zuhairi Misrawi
Terbitan: PTS
Harga: RM19.90

Mekah Kota Suci menceritakan dengan lengkap perihal kota suci Mekah sebelum kemunculan Islam, semasa zaman nabi sehingga menjadi moden. Sejarah Mekah penuh dengan pergelutan. Inilah kota yang direbut pelbagai kelompok. Teristimewa, perebutan itu dimenangi oleh mereka yang mempunyai komitmen demi memelihara dan melindungi Kaabah.

Madinah Kota Yang Bercahaya

Madinah: Kota Yang Bercahaya
Penulis: Zuhairi Misrawi
Terbitan: PTS
Harga: RM21.00

Monday 7 March 2011

Bilal bin Rabah - Pengumandang Seruan Langit

Judul :
Bilal bin Rabah - Pengumandang Seruan Langit

Pengarang :
Abdul Latip Talib

Harga :
RM26.00

Penerbit :
PTS Litera Utama Sdn Bhd

Kategori :
Novel Sejarah Islam

Nota :
Cetakan 2010

Bilal bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah. Beliau melalui jalan keras bagi mendapatkan Islam. Dijemur di padang pasir yang membara, ditindih dadanya dengan batu yang keras, namun imannya semakin pijar, dan jiwanya semakin kental.

Akhirnya kemuliaan datang kepadanya. Beliau menjadi sahabat Rasulullah, dan menjadi juruazan yang tersanjung. Hingga kini, namanya harum dan diabadikan kepada setiap juruazan di dunia.

Novel sejarah ini, bercerita tentang Bilal bin Rabah, lelaki yang tubuhnya diseksa semahu-mahunya, namun bibirnya tetap melantunkan, "Allahu ahad, Allahu ahad...,"

Ali Bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam

Judul :
Ali bin Abi Talib - Mutiara Ilmu Islam

Pengarang :
Abdul Latip Talib

Harga :
RM26.00

Penerbit :PTS Litera Utama Sdn Bhd

Kategori :Novel Sejarah Islam

Nota :
Cetakan 2010

Memeluk Islam pada umur yang masih muda, pada saat Islam baru hendak tumbuh. Beliau kemudian membesar seiring dengan tumbuhnya Islam sehingga Islam menjadi pohon yang mengakar kuat di bumi dan beliau menjadi antara buahnya.

Beliau bukan sahaja menjadi sahabat nabi yang terulung, malah ilmuwan yang fasih bicaranya, pahlawan yang lincah permainan perangnya juga hamba-Nya yang tinggi imannya.

Beliau adalah Saiyidina Ali bin Abi Talib dan novel ini mencantumkan perca-perca kehidupannya, sejak mula sehingga akhir hayatnya. Melalui novel ini, tidak sedikit kisah yang dikupas, tidak kurang hikmah yang diungkap.

Abu Bakar Sahabat Sejati

Judul :
Abu Bakar Sahabat Sejati

Pengarang :
Abdul Latip Talib

Harga :
RM26.90

Penerbit :
PTS Litera Utama Sdn Bhd

Kategori :
Novel Sejarah Islam

Nota :
Cetakan 2010

Abu Bakar as-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi. Nama sebenar beliau Abdul Kaabah bin Usman. Ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki dinamakan Abdul Kaabah yang bermaksud 'hamba Kaabah'. Digelar Abu Bakar yang bermaksud 'ayah unta muda' kerana pada masa mudanya suka memelihara anak-anak unta. Mendapat gelaran as-Siddiq iaitu 'yang membenarkan' kerana beliau sentiasa membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Abu Bakar as-Siddiq dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW. Abu Bakar as-Siddiq antara pemeluk Islam yang pernah mengalami penyeksaan daripada orang Quraisy. Semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar as-Siddiq menjadi teman dalam perjalanan. Mereka bermalam di dalam Gua Thsur. Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW.

Jasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar ialah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku selepas ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat al-Quran.

Jampi Jelmaan Al-Quran Dan Hadis

Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis: Membongkar Rahsia Alam Jin & Sihir
Penulis: Malik Faisal
Terbitan: PTS
Harga: RM26.50

Alam ghaib adalah misteri yang tidak akan dapat diterokai manusia tanpa bantuan wahyu Allah dan hadis Rasulullah. Penulis berusaha menyusun dan memperkenalkan kepada pembaca hakikat kejadian jin menurut al-Quran dan hadis serta kisah-kisah di sebaliknya.

Buku ini terbahagi kepada dua fasa iaitu:

Fasa pertama: Pembongkaran secara tuntas mengenai alam jin.

Fasa kedua: Pengumpulan dan teknik ruqyah daripada al-Quran dan hadis bagi dijadikan senjata bagi melindungi diri daripada gangguan iblis, jin dan syaitan.

Kandungan:

Bab 1: Akidah Senjata Mukmin
Bab 2: Beriman Kepada Alam Ghaib
Bab 3: Alam Jin
Bab 4: Hakikat Kejadian Jin
Bab 5: Kelebihan dan Kekurangan Jin
Bab 6: Hubungan Jin dan Manusia
Bab 7: Syaitan, Iblis, Qarin dan Khadam
Bab 8: Tahdirul Arwah
Bab 9: Pengenalan Ruqyah Syariyah
Bab 10: Proses Ruqyah
Bab 11: Sihir
Bab 12: Rawatan Khusus Sihir
Bab 13: Ruqyah Saka
Bab 14: Kaedah Meruqyah
Bab 15: Merawat Angin Ahmar, Kanser dan Buta
Bab 16: Ayat Ruqyah Khusus
Bab 17: Mitos Berkenaan Jin dan Syaitan
Bab 18: Cara Mengelakkan Jin
Bab 20: Tip Meruqyah
Bab 21: Azimat

Tip-tip Cemerlang daripada Quran

RM 29.00
Danial Zainal Abidin,
PTS Millennia Sdn Bhd
ISBN: ISBN 983-3372-20-1
Barcode: 9789833372201
Jumlah Halaman: 312 halaman
Tarikh Terbit: 26 October 2007
Sinopsis
Pada suatu masa, umat Islam berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Kecemerlangan mereka diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Mereka berjaya menjadi global champion.Apakah faktor yang menyebabkan mereka cemerlang?
Umat Islam adalah umat terbaikyang dikeluarkan kepada manusia. Pada suatu masa, umat Islam berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Kecemerlangan mereka diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Mereka berjaya menjadi global champion.

Apakah faktor yang menyebabkan mereka cemerlang? Apakah proses-proses yang perlu dilalui? Apakah 'peta' yang digunakan sehingga menjadikan mereka manusia unggul dan cemerlang?

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, ia adalah alat bagi mancapai kecemerlangan akhirat. Namun begitu, jalan kecemerlangan memerlukan peta. Quran adalah peta yang lengkap lagi sempurna. Buku ini memberikan semangat baru dengan tip-tip cemerlang yang diolah daripada Quran.
Isi Kandungan
Prakata
Bagaimana Membaca Buku Ini

Bahagian 1 Pendahuluan
Mencari Kecemerlangan Hakiki

Bahagian 2 Tip-tip Cemerlang
1Cemerlang dengan Menjadi Global Champion
2Cemerlang dengan Iman dan Takwa
3Cemerlang dengan Ilmu serta Hikmat
4Cemerlang dengan Ilmu Semasa
5Cemerlang dengan Membaca dan Meneliti Quran
6Cemerlang dengan Wawasan
7Cemerlang dengan Merancang
8Cemerlang dengan Ikhlas
9Cemerlang Berlandaskan Syariat
10Cemerlang dengan Menegakkan Ibadah
11Cemerlang dengan Sembahyang
12Cemerlang dengan Zikrullah
13Cemerlang dengan Jihad dan Mujahadah
14Cemerlang dengan Tawakal
15Cemerlang dengan Menjaga Kualiti
16Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan
17Cemerlang dengan Memelihara Amanah
18Cemerlang dengan Hati dan Akhlak yang Murni
19Cemerlang dengan Sabar dan Sikap Positif
20Cemerlang dengan Menegakkan Keadilan
21Cemerlang dengan Mengawal Emosi
22Cemerlang dengan Memberi Maaf
23Cemerlang dengan Bersyukur
24Cemerlang dengan Konsisten
25Cemerlang Bekerja dalam Pasukan
26Cemerlang dengan Komunikasi Berkesan
27Cemerlang Melalui Musyawarah
28Cemerlang Melalui Perpaduan
29Cemerlang dengan Membentuk Pelapis
30Cemerlang dengan Berhemat dan Tidak Kikir
31Cemerlang dengan Menjaga Pemakanan serta Kesihatan
32Cemerlang dengan Pengurusan Masa
33Cemerlang dengan Teknologi
34Cemerlang dengan Memanfaatkan Pusingan Biologi 35Cemerlang dengan Imej Positif
36Cemerlang dengan Berdoa

Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad (Edisi Kemas Kini)

(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Kitab Bible yang dikatakan oleh para pendakwah Kristian sebagai kalam Tuhan adalah buku yang isi kandungannya ditulis oleh manusia biasa. Ramai paderi Kristian dan Yahudi memeluk Islam sesudah membaca al-Quran dan sejarah hidup Muhammad secara objektif dan rasional lalu membandingkan kedua-duanya dengan isi kandungan kitab-kitab suci agama mereka sendiri.

Mengapa perlu baca buku ini:
Bab1: Muhammad Rasul Akhir Zaman
Bab 2: Pendirian pada Kesucian Kitab Bible
Bab 3: Muhammad di Dalam Kitab Bible
Bab 4: Muhammad di Dalam Kitab Agama Hindu
Bab 5: Muhammad di Dalam Kitab Budha
Bab 6: Kejujuran Muhammad Diakui Musuh-musuhnya
Bab 7: Muhammad Hidup Tanpa Kepura-puraan
Bab 8: Ramalan yang Terbukti Benar
Bab 9: Muhammad Pembawa Risalah Saintifik
Bab 10: Pandangan Tokoh-tokoh Bukan Islam Mengenai Muhammad
Epilog

Bagaimana Islam Memerintah Negara

Penulis : Abdul Hadi Awang
Penerbit : PTS Islamika
Harga : RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)

Bible menyebut : “Berikan kepada raja-raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada Tuhan apa yang menjadi milik Tuhan”.
Akibatnya, prinsip itu menyempitkan agama dengan pemerintahan negara. Antara faktor terbesar adalah doktrin-doktrin sekular yang memisahkan undang-undang dengan agama.
Ideologi yang memisahkan agama dan urusan dunia semakin menular sehingga Islam hanya dianggap sebagai agama ritual.
Benarkah Islam hanya mengutamakan ibadat semata-mata tanpa mementingkan urusan dunia seperti pemerintahan negara? Benarkah Islam menindas hak bukan Islam dalam pemerintahannya?
Buku ‘Bagaimana Islam Memerintah Negara’ mengupas secara jelas konsep dan bagaiaman aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan.
Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.
Kandungan Buku
Pendahuluan
Antara Politik, Negara dan Agama
Negara Islam
Panduan Asas bagi Setiap Pemerintah
Matlamat Negara Islam
Prinsip-Prinsip Amali dalam Negara Islam
Ketua Negara Islam
Sejarah Pelantikan Ketua Negara
Bai’ah
Ahlul Halli Wal Aqdi
Kewajipan dan Tanggungjawab
Prinsip Kehakiman Islam
Kerakyatan
Al-Kharaj
Islam dan Hubungan Antarabangsa
Penutup

Ku Dambakan Cintamu Ya Rasulullah

Ku Dambakan Cintamu Ya Rasulullah
Penulis: Nik Muhammad Nasri Nik Malik
Penerbit: PTS
Harga: RM16.00

"Tak kenal maka tak cinta," Pepatah Melayu sudah lama menyebut demikian.

Allah menyebut, "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi." (surah al-Ahzab: 45-46)

Ayat ini dimulakan dengan bentuk kemuliaan daripada Allah. Dia menyeru Muhammad bin Abdullah dengan panggilan 'Nabi,' dengan tugas, dengan pangkat kenabian, pangkat yang tidak boleh dicari sendiri di atas dunia ini seperti pangkat dan kebesaran lain.

Sekiranya ada seorang raja yang hebat, baginda akan menghantar utusan yang hebat, Begitu juga Allah, raja bagi segala raja, pastinya Dia mengutus utusan yang terbaik di kalangan hamba-Nya. Beliau mengutuskan Muhammad, manusia yang paling baik dan mulia di kalangan manusia.

Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, adalah himpunan yang khusus mengenai Nabi Muhammad dengan olahan tersendiri. Ia bagi menarik perhatian pembaca khususnya generasi muda supaya mengenali Nabinya, mengetahui latar belakangnya, melahirkan rasa cinta sekaligus menurut jejak langkahnya. Dengan cinta kepada Nabi Muhammad, cintanya tersusun dan terarah. Mungkin cinta umatnya kini terpisah antara alam dunia dan alam akhirat, namun cintanya akan mempertemukan dengan Nabinya, kekasihnya di akhirat kelak.

Armageddon 2012

Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 560
Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Akidah, Islam Umum, Perbandingan Agama
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.
Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.
Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Online Dengan Tuhan

Online Dengan Tuhan
Penulis: Zulkifli Khair
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00

"Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar". Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu. Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.

Offline Dengan Syaitan

Penulis : Zulkifli Khair
Harga : RM 13.00 / RM 15.00
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
“Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya daripada lumpur.”
Begitulah kata-kata syaitan dengan angkuh dan sombong di hadapan Allah apabila disuruh bersujud kepada Adam. Ini menunjukkan syaitan merasakan dirinya lebih bertaraf tinggi daripada Adam kerana dia diperbuat daripada api dan Adam diperbuat daripada tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh.
Oleh sebab Allah menjatuhkan hukuman dicampakkan ke dunia, dia berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat, dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya sampai hari Akhirat kelak. Syaitan diciptakan sebagai ujian tahap keimanan manusia kepada Allah.
Siapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan, Allah membalasnya dengan azab sengsara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berjaya melawan dan menyekat kejahatan syaitan, Allah memberikannya penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan syurga.
Buku di tangan anda ini membawa kita mengenali makhluk perosak terbesar di muka bumi dan bagaimana mereka merosakkan seluruh keturunan Adam di muka bumi secara halus.
Dapatkan juga tip dan langkah kawalan bagi menghadapi dan menghalang bisikan dan hasutan mereka seterusnya menjalani hidup dalam keadaan aman dan menenangkan. Selamat membaca!
Bahagian 1 : Mengenali Iblis dan Syaitan
Bab 1: Siapa Kami?
Bab 2: Aku Jutawan!
Bab 3: Ketika Remang Senja
Bab 4: Allah Lebih Perkasa
Bahagian 2 : Teknologi Syaitan Menyesatkan Manusia
Bab 5: Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)
Bab 6: Bahaya Virus P1A1
Bab 7: Bahaya Pihak Ketiga
Bab 8: Sihir dan ‘Bomohisme’
Bab 9: Filem Seram dan Mesra Magis
Bab 10: Zaman Gawat, Iman Tenat
Bab 11: Wanita Agen Syaitan?
Bab 12: Seksi yang Seksa
Bab 13: Lawrence of Arabia
Bab 14: Mustafa Kemal Ataturk
Bab 15: Mirza Ghulam Ahmad
Bab 16: Salman Rushdie
Bab 17: Mengapa Makan Guna Tangan Kiri?
Bab 18: Dunia Siber
Bab 19: Dajal
Bahagian 3 : Firewall daripada Syaitan
Bab 20: Kemas Kini ‘Perisian’ Anti Syaitan
Bab 21: Klik ‘Refresh’
Bab 22: Solat Di Mana-mana
Bab 23: Kuruskan Nafsu, Perkasakan Akal
Bab 24: Muat Turun Ayat Kursi
Bab 25: Klik Zikir Delete Sihir
Bab 26: Melontar Jamrah Secara Maya
Bab 27: IT untuk ‘Ilm Technology
Bab 28: Ouija Board Vs Istikharah
Bab 29: Membina ‘Blog’ Takwa
Bab 30: Dr. Yusuf Estes
Bab 31: Dr. Zakir Naik
Bab 32: Kemuncak Offline
Bab 33: Malunya Ber-Facebook di Padang Mahsyar

Fikah Luar Negara

Fikah Luar Negara
Penulis: Maszlee Malik & Hamidah Mat
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

"Allah menghendaki kemudahan pada kamu dan tidak mahu kesukaran ke atas dirimu" (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Penulis menghuraikan permasalahan ini berserta contoh dan membicarakan pelbagai perkara lain lagi berkenaan kesesuaian hukum mengikut waktu dan keadaan setempat. Buku ini membuka dimensi baru bagi umat Islam dalam kehidupan kontemporari dan memberikan alternatif mudah bagi mengamalkan Islam di mana sahaja. Bentuk penyampaiannya yang bersahaja dan ringan tidak seperti buku-buku fikah tradisional yang lain.

Tuesday 1 March 2011

Alexander Adalah Zulqarnain

Price: RM 32

Alexander Adalah Zulkarnain

Author/ Pengarang: Muhammad Alexander
ISBN: 978-967-5137-81-5
Publisher/ Penerbit: PTS
Date Pub./ Tarikh Terbit: 2010
Pages/ Jumlah Muka Surat: 760
Category/ Kategori: Islamic
Item Code: 11A-0028

Kulit nipis (Paperback). Condition/ Keadaan: Baru (New)

Sinopsis:
Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini:
Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Penulis: Dr. Adi Hashman
Terbitan: PTS
Harga: RM19.90

Buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' ini membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.

Buku ini membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.

* Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
* Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh
* Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
* Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
* Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
* Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat

Travelog Haji

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit : PTS Islamika
Harga : RM29.00 / RM32.00
Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.
Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia danCorporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.
Dari web pts.com.my.

***
Ini adalah edisi kemas kini. Ada sedikit tambahan catatan dan gambar. Juga ada disertakan vcd ceramah beliau. Bahkan saya pernah mendengar ceramah beliau di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan lebih setahun lalu.
Saya cadangkan buku ini dijadikan hadiah kepada golongan atas dan menengah yang degil terhadap tuntutan agama ini. Semoga Allah memberi hidayah istiqamah ke atas Dr Muhd Kamil Ibrahim.

Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad

Harga: RM 12.90 / RM 14.90
ISBN-13: 978-967-5564-07-9
Tarikh Terbit: 6 Dec 2010
Jumlah Muka Surat : 120
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad menjadi buku pilihan terbaik bagi mereka yang ingin mengenali Rasulullah secara mendalam.
Buku yang diterbitkan oleh PTS Millenia ini membawa pembaca menelusuri sejarah dan aspek kepimpinan Nabi Muhammad daripada aspek keteguhan, keberanian dan kehebatannya dalam memperjuangkan Islam.
Menurut Editor Perolehan PTS Millenia, Tuan Syarafuddin Sulaiman, buku ini memaparkan contoh-contoh sifat dan keperibadian Rasulullah dengan jelas dan mudah difahami pembaca.
"Contoh teladan ini dapat diamalkan terus oleh pembaca tanpa ada rasa jauh daripada Rasulullah." jelas Tuan Syarafuddin.
Bagi beliau, buku ini lebih mudah difahami kerana ayatnya yang ringkas dan isinya yang mudah dihadam oleh semua golongan pembaca.
Buku yang habis dalam tempoh seminggu selepas dicetak ini menjadi pelengkap kepada mereka yang ingin mengenali keperibadian Rasulullah secara menyeluruh.
"Melalui buku ini kita dibawa mengenali Rasulullah daripada kata-katanya. Kita dibawa mengenali Rasulullah daripada ahli keluarganya yang mulia. Kita dibawa mengenali Rasulullah daripada sahabat-sahabat yang mencintai dan dicintai Rasulullah." jelas beliau lanjut.

Minda Muslim Super

Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-983-3603-19-0
ISBN-10: 983-3603-19-X
Tarikh Terbit: 14 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 432
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Komen Pembaca:Buku Minda Muslim Super dibahagikan kepada 13 bab utama. Setiap bab dipenuhi variasi sub-bab atau tajuk yang cukup menyantun nubari saya. Jujur saya simpulkan bahawa persoalan yang ingin diketengahkan oleh penulis memang berat. Namun melalui kaedah penulisan beliau, penulis amat berjaya dari sudut memudahkan cara penceritaan. Justeru itu saya suka untuk menyatakan bahawa seperti mana Islam itu mudah, maka buku ini juga mudah untuk dihayati. Cumanya, buka hati dan tadahkan minda dan nurani menerima ‘sebatan cinta’ Dr. Danial Zainal Abidin.
Penulis membentangkan formula bagi melahirkan peribadi terbilang Muslim. Beliau melengkapkan hujah dengan sorotan sejarah serta membahaskan kandungan dalam kitab-kitab lama, termasuk Taurat dan Bible. Tidak ketinggalan penulis mengaitkan penemuan sains dengan ayat-ayat Allah dalam Quran yang membenarkan setiap penemuan sains tersebut. Teringat saya akan satu kata-kata Allah dalam surah al-Rahman yang diulang-ulang, “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
Miliki salah satu buku ini, dan insyaAllah saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan akan memperoleh ilmu yang sangat berguna.

Travelog Syahadah

Judul :
Travelog Syahadah - Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan ke Syurga

Pengarang :
Muhammad Rashidi Abdullah

Harga :
RM14.00

Penerbit :PTS Islamika Sdn Bhd

Kategori :Bukan Fiksyen (Islam/Gaya Hidup)

Nota :Cetakan 2010

"Membaca kisah suka duka pahit maung insan bernama Rashidi Abdullah ini, seorang yang sejak remajanya lagi belajar di 'universiti' kehidupan, pernah menjadi buruh, ditahan sebagai banduan dan akhirnya tekun belajar hingga layak dipanggil ustaz ini, sesungguhnya mengimbau kembali perjalanan hidup para sahabat Rasulullah SAW dalam mencari iman." - Ustaz Pahrol Mohamad Joui,Penulis/Pakar Motivasi/Editor Majalah.

"Travelog Syahadah - secara tersirat - merupakan satu catatan yang telah dilalui oleh seorang insan yang secara kasih-sayangnya telah dilontarkan taufik dan hidayah. Ia anugerah yang sangat bernilai. Sudah pasti mereka yang telah dilapangkan dadanya untuk menerima Islam bukan kerana zuriat mempunyai perilaku yang sangat berbeza. Malah perasaan dalaman nyata lebih kuat dan berpengaruh terhadap rasa cinta kepada Allah yang maha agong. Keimanan yang diperolehi melalui langkah-langkah berliku nyata sangat bernilai. Ia satu anugerah istimewa." - Prof. Muhd Kamil Ibrahim,Penulis Travelog Haji dan Travelog Dakwah.

"Buku ini bukan sekadar catatan seorang lelaki, tetapi ia adalah silibus penting kepada pendakwah Islam untuk mendekati orang bukan Islam. Kebanyakan pendakwah yang dilahirkan sebagai Muslim, tidak dapat mengenal pasti keperluan dan kehendak orang bukan Islam yang berminat dengan Islam. Tidak hairanlah terdapat sebahagian kelas pengajian untuk mualaf menggunakan silibus KAFA. Sudah tentu silibus yang disusun untuk kanak-kanak tidak sesuai digunakan oleh orang dewasa. Namun itu adalah mentaliti pendakwah ini yang beranggapan mualaf seperti kanak-kanak." Rohidzir Rais,Penulis/Editor.