Monday 21 March 2011

Rahsia Bisnes Goggle

Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-967-5226-65-6
Tarikh Terbit: 3 Nov 2009


Kisah kejayaan Google yang merintis industri search engine terbesar di dunia sewaktu masih bergelar mahasiswa telah banyak menginspirasi penggila IT di seluruh dunia. Kini, Google bukan lagi sekadar search engine, kemampuannya yang luar biasa membuat ramai orang berfikir bahawa Google mempunyai magik bagi menjawab semua pertanyaan.
Google memang hebat, di tengah perlumbaan dalam kalangan penggiat industri IT yang kompetitif, Google berjaya mengalahkan semua search engine lain. Bahkan, kini istilah googling sinonim dengan aktiviti mencari maklumat di internet. Siapa tokoh di sebalik kejayaan Google? Serta bagaimana Google mencapai tahap setinggi ini sehingga disegani raksasa IT sebesar Microsoft? Ikuti kisah selengkapnya dalam buku ini.

Meja Runding-Dari Konflik Ke Solusi Strategik

Harga: RM 20.00 / RM 22.00
ISBN-13: 978-967-5226-96-0
Tarikh Terbit: 2 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 200


Muhammad bin Abdullah, yang dilantik oleh Allah sebagai pemimpin masyarakat islam pada zaman lampau, tidak dilahirkan biasa-biasa. Antara kisah sejarah yang menyerlahkan bakat beliau sebagai juru runding terbaik di dunia ialah peristiwa batu hitam, tawaran pemimpin Quraisy, rundingan wakil nabi di Habsyah, sumpah setia Aqabah, piagam Madinah, tawanan perang Badar, perjanjian Hudaibiyah dan banyak lagi. Semuanya ada dihuraikan di dalam Meja Runding ini.
Selain itu, antara bonus yang terkandung dalam Meja Runding ialah:
- Bagaimana mengenal sama ada tawaran ataupun umpan dalam rundingan?
- Beberapa contoh kajian kes rundingan yang melibatkan tebusan.
- Contoh kes rundingan dalam dunia semasa seperti di Malaysia, Amerika, Iran dan lain-lain.
- Persediaan menghadapi gangguan rundingan seperti emosi, tipu daya dan ugutan.
- Seni mencari kesepakatan dalam tawar-menawar.
 
Meja Runding, bukan sahaja wajib dibaca oleh para diplomat, juru runding, broker dan kesatuan sekerja sahaja. Bahkan, ia sesuai dibaca oleh sesiapa yang terlibat dalam jualan, pemasaran, usahawan atau pengurus projek.

Menuai Hidayah Iman

arga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5564-59-8
Tarikh Terbit: 22 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 192


Pasti anda mahu tahu
  • Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya?
  • Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia?
  • Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman.
  • Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.
Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah.
Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai.
Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.
Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.
Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.
Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.
Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.
Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.
Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.

Travelog Cinta Abadi

Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-366-005-6
Tarikh Terbit: 12 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 304


Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.-
Ain Maisarah
[Penulis Best-Seller Novel Remaja]

 Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. -
Zaid Akhtar
[Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah]

Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya.
Nisah Haron
[Novelis Terkenal, Lentera Mustika]

Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni

Harga: RM 21.90 / RM 24.90
ISBN-13: 978-967-5226-61-8
Tarikh Terbit: 1 Dec 2009
Jumlah Muka Surat : 192


Selama ini kita beranggapan pangkat, kekayaan dan kuasa mampu membuatkan kita berpengaruh. Sehinggakan ada yang sanggup melakukan apa sahaja, biarpun tidak dihalalkan agama atau tidak direstui norma masyarakat.
Mungkin kita tidak perasan, sebenarnya ada beberapa orang di sekeliling yang masih berpengaruh secara semula jadi. Tanpa jampi serapah pun, kita mampu membuatkan semua orang mengatakan YA kepada pendapat kita. Ini yang disebut seni mempengaruh.
Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi, tetapi Seni, wajib dimiliki oleh mereka yang kerja berkumpulan, tidak kira di pihak atasan, mahupun pekerja sokongan. Selepas mendalami ilmu pengaruh melalui buku ini, ayuh lekas mencubanya secara halus.
Syahrul Nizam Junaini, kepakaran beliau dalam seni komunikasi berpengaruh di Malaysia tidak dapat disangkal lagi, terutama selepas kelahiran karya sulungnya, Teknik Persembahan Hebat dengan Power Point yang laris di pasaran.
Kali ini, beliau menghimpunkan semula ilmu komunikasi efektif, dikutip dari pengalaman sepanjang menuntut dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Media di University of Bradford, United Kingdom.
Tambahan pula dengan posisi beliau sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ikuti buah fikiran beliau selanjutnya di www.SyahrulNizam.com.

Solat Khusyuk Solat Smart

Pengarang : Muhammad Shodiq Mustika
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 32.00
ISBN 983-3372-45-7;
ISBN 978-983-3372-45-4;


Sinopsis

Anda pasti sering menunaikan solat. Pagi, petang, siang, malam, bertahun-tahun ataupun kemungkinan puluhan tahun anda menunaikannya. Entah berapa kali anda menundukkan badan dengan rukuk dan sujud. Entah berapa kali juga anda membaca bermacam-macam zikir dan doa dalam solat.

Daripada segi kuantiti, malaikat pencatat amal mungkin mencatat begitu banyak unsur solat yang anda lakukan. Tetapi, bagaimana dengan kualiti solat anda itu? Agaknya, berapa banyak daripada solat anda yang dicatat sebagai amalan yang baik oleh malaikat?

Dalam hal ini, Nabi Muhammad menjelaskan,

"Sesungguhnya seseorang yang mengerjakan solat berasa dia menegakkan solat dengan utuh, tetapi sebenarnya solatnya itu tidak dicatat oleh malaikat yang mencatatkan amalan kebaikan iaitu Rakib. Malaikat Rakib mencatatkan hanya setengah solatnya ataupun sepertiga solatnya ataupun seperempat solatnya, ataupun seperlimanya hingga ke sepersepuluh solatnya."

 Ternyata, kualiti solat kita tidak 100% baik kerana hanya sebahagian sahaja daripadanya yang dicatat sebagai amalan yang baik. Apakah yang dicatatkan sebagai amalan yang baik dalam solat?

Seorang sahabat yang bernama Ammar bin Yasir menjelaskan,

"Sesungguhnya apa yang dicatat oleh Malaikat Rakib bagi seseorang yang mendirikan solat hanyalah apa yang dia lakukan dengan menggunakan akalnya."

(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apa Itu Islam

Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-967-5137-01-3
Tarikh Terbit: 27 May 2008


"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya."

Islam tidak terbatas kepada Rukun Islam dan ibadah rutin sahaja sepertimana yang difahami oleh sebilangan manusia. Ia sebenarnya lebih luas. Di dalamnya terkandung ilmu akidah, konsep kehidupan di dunia dan akhirat, syariat, syiar, akhlak dan pelbagai lagi bidang ilmu yang berkaitan dengan kehidupan individu.

Bagaimanakah menjadi Muslim yang sempurna di sisi Allah? Meyakini Islam sebagai akidah yang benar, mengamalkan syariat Islam yang betul dan menghiasi diri dengan akhlak yang baik. Sukarkah melakukannya? Benarkah sukar menjadi hamba Tuhan?

Buku di tangan anda ini merungkai persoalan ini. Anda mendapat gambaran tentang Islam secara menyeluruh apabila membacanya. Menyajikan pemahaman yang komprehensif dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Buku ini patut dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja sebagai panduan dalam kehidupan, menuntun ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.